Bangun dari merangkak
bebas dari sangkar
tengkuk dikokak sang belang
kasihan, sahaja kubiar
biarkan dia !
biarkan !
pengalaman tidak boleh dipetik
harus ditanam, dibaja mahupun disiram
itu nikmat yang paling padat
malam sudah gelisah
ingin menunjuk taring
biar apapun kata si bintang
pagi yang aku jemput
pagi yang aku harap
timbullah fajar !
timbullah !
berseni diatas dahan
diburu api dengki si orang hutan
telinga dibisik sang hujan
pesannya agarku bertahan
dari maki dan cacian
deras tetapku redahi
dalam tetapku selami
luas tetapku renangi
bahaya tetapku harungi
jangan kau hirau !
jangan !
jika disapa penunggu
hanya satu doaku
niatku jangan diganggu
kerana satu motifku
iaitu tuju ke hulu
No comments:
Post a Comment