Dunia menjadi bidan
demi menyambut anak bulan
hadiah, katil, bilik dirapi
bagi merai kemenangan mengawal nafsu
genap tiga puluh hari
fajar syawal menyinsing
mengiringi sembah pada Yang esa
pusara menantikan hadirmu
tegak berdiri
menanti tanah disiram
rumput dicarik
doa dipanjat
kali ini
janggal sangat
tidak seperti masa lalu
tali masih terikat pada layang-layang
payung disambar
jeritan bahang melenyap sepi
hujan mengiringi air mata
hati tidak lagi dibelai manja
tanpa mereka
kerana takdir kini terlaksana
ku merasa kehilangan
ayahanda, bonda !
syurgalah kamarmu, amin.
No comments:
Post a Comment