Pages

11 September 2014

Buta (12 September 2014)

'Jangan mati adat'
hanya pada kata
dijerit-laung
dari mulut
bukan hati
dalam buta

Kopi (12 September 2014)

Pahit pahit kopi
yang aku telan
yang aku minum
pahit lagi bersamamu
selepas manis

08 September 2014

Hikmah (9 September 2014)

Situasi itu
bawa kau pada palat
rasa dia
nampak dia

tapi
cuba
dalam pada
jatuhsungkur itu
kau pandang pandang
bangun cari
kalau kalau
hikmah yang dicari
tersorok mana mana

Sinis (8 September 2014)

Kadang aku terfikir
patutkah ?
aku kenal manusia
yang lebih syaitan
daripada syaitan
yang lebih malaikat
daripada malaikat
kadang rasa
baik saja
aku perhatikan
sambil senyum sinis

Entah (8 September 2014)

Entah berapa abad
Entah berapa dekad
Entah berapa genap
aku senyap

Entah

Cerita (4 Februari 2014)

Anak anak
ayuh dengar semua
ini cerita bukan reka
apatah lagi jenaka
tapi cerita untuk hangpa
hangpa semua la

hidup ada begitu begini
tanam satu benda ni
hangpa kena berani
kalau takut sakit baik pergi mati

kalau lelah tak bermaya
lelap mata untuk sementara
sebab nanti bila hangpa bukak mata
boleh jadi semua tak serupa

itu untuk setakat ini
bukan nak kata ilmu penuh kat dada ini
cuma rasa nak sampaikan pesan sebelum aku mati

Rindu (4 Februari 2014)

Gua rasa rindu
gua tepuk bahu sebab gua tak tahu
rupanya gua rindu lu
gua tertanya tanya selalu
apa lu buat waktu tu
apa lu buat tak tahu
atau gua yang lu perlu
tapi tak kisah mana satu
apa gua nak lu tahu,
kalau gua yang lu perlu
gua ada selalu
cuma bukak mulut beritahu

Mimpi (22 Januari 2014)

Kau tahu ?
bilanya kau mampu terbang ?
kau tahu ?
bilanya kau boleh hilang ?
takkan terjawab
walaupun seharian
membanting tulang

untuk akhiri
belilah mimpi
dari Penjual mimpi

Yang Sepatutnya (22 Januari 2014)

Celiknya aku dalam gelap
tiada bimbingan
tiada panduan

yang ada
satu jalan
ke satu kehidupan
yang lebih selesa
yang sepatutnya

tapi untuk sampai
belum tentu aku bernyawa
entah tinggi dibawa terbang
entah kosong dalam cangkerang
laksana anak sang penyu

Jatuh (22 Januari 2014)

Salahkah aku ?
kalau aku hormat
kalau aku jujur

Andai mampu bersuara
pasti bumi memaki
air mata
lebih banyak jatuh
dari air hujan
jadi mutiara
tolong jangan jatuh