Pages

18 February 2013

Inkarnasi (16 Jun 2012)

Datang tak diundang
tak pula dihantar pulang
namun bila aku datang
dia pasti pergi
kerana dia takut bila aku berani

jasad dikongsi dua roh
aku pendiam dia agresif
aku pemalu dia berlagu
dia senyum bila tipu
aku senyum bila tersipu
tapi semua gaya aku
tak boleh dia tiru

bukan si botak dari alam anker
setan iblis atau pelesit
bukan juga si jerangkung
entahlah, adili sendiri
bulu roma naik aku nampak hitam
bila aku pitam dia datang cakap siam
bila aku marah lekas dia berdarah
bila dia diam jangan lekas lepas genggam
fuhh sini fuhh sana dia tak terima

jangan genggam angin kalau tidak berisi
usah tiup asap kalau tidak berkemenyan
tidak perlu memicit si ibu jika tidak berilmu

aku boleh trauma jika dia datang berlima
aku boleh pengsan bila dia menekan
aku boleh jatuh bila dia berdiri teguh
aku boleh sesak jika dia keluar dari semak

harap diampun jika taman mainanmu aku terpijak
harap diampun jika kampungmu aku tersinggah
harap diampun jika rumahmu aku tersepak

No comments:

Post a Comment