hamba, tuan hamba
mereka berdua
tetap bermaharajalela
hanyut dalam bahtera
ditengok cermin
tuan hamba di depan
mata hamba sepet
tuan hamba juga bermata sepet
pipi berjerawat
macam tu juga tuan hamba
hidung hamba tersumbat
tuan hamba juga
sama sahaja
kita ?
hamba dah berenang
tuan hamba ?
ditambat ketat
27 February 2013
26 February 2013
Mat Dendam (27 Februari 2013)
Dia dah terkena
bukan niat sengaja
mereka cuma bersahaja
tapi sebabkan hati dia
hati dia minta dijaga
lekas dia menerpa
pandangan sehala
tanpa selatan utara
kononnya mantera
dibibir membara
melampias nafsu ketara
bukan niat sengaja
mereka cuma bersahaja
tapi sebabkan hati dia
hati dia minta dijaga
lekas dia menerpa
pandangan sehala
tanpa selatan utara
kononnya mantera
dibibir membara
melampias nafsu ketara
Itu Saja (27 Februari 2013)
Mula mula dia
lepas tu dia
lepas dia
dia pulak
harap harap
bukan kamu
yang seterusnya
itu saja
lepas tu dia
lepas dia
dia pulak
harap harap
bukan kamu
yang seterusnya
itu saja
Yang Jadinya Hamba (26 Februari 2013)
Salahkah hamba ?
tapi
yang terasanya hamba
yang basahnya hamba
yang demamnya hamba
dah tahu dalam nak berenang juga
dah tahu hujan nak berjalan juga
tak mengapa
yang jadinya hamba
bukan tuan hamba
bukan tuanku
tapi
yang terasanya hamba
yang basahnya hamba
yang demamnya hamba
dah tahu dalam nak berenang juga
dah tahu hujan nak berjalan juga
tak mengapa
yang jadinya hamba
bukan tuan hamba
bukan tuanku
18 February 2013
Kecil Hijau (19 Februari 2013)
Lepas seorang
seorang lagi
jadi hamba lali
layang layang
yang tinggal tali
dia datang
niat jaga hamba
hamba pesan
berpalinglah dari hamba
hamba jahil
pesannya
itu hamba kecil
ini hamba sekarang
seorang lagi
jadi hamba lali
layang layang
yang tinggal tali
dia datang
niat jaga hamba
hamba pesan
berpalinglah dari hamba
hamba jahil
pesannya
itu hamba kecil
ini hamba sekarang
Lena (18 Februari 2013)
Dia ada
ada dengan kita
tapi aku
aku makin jauh
makin jauh berlari
lari dengan riang
maafkan aku
aku tertidur
tidur yang hampir lena
ada dengan kita
tapi aku
aku makin jauh
makin jauh berlari
lari dengan riang
maafkan aku
aku tertidur
tidur yang hampir lena
Dengarkan Aku (15 Februari 2013)
Dengar aku tak ?
dia dan mereka hampir
hampir ke bawah
dengarkan
satu langkah lagi
tiada yang boleh selamat
dengar bunyi itu
mengerikan
sudah aku khabarkan
kita akan jatuh
jatuh ke bawah
cium tanah
dia dan mereka hampir
hampir ke bawah
dengarkan
satu langkah lagi
tiada yang boleh selamat
dengar bunyi itu
mengerikan
sudah aku khabarkan
kita akan jatuh
jatuh ke bawah
cium tanah
Kurang Waras (15 Februari 2013)
Aku tahu
apa yang aku rasa
aku sedar
jalan yang aku lalu
aku tak tahu
kenapa aku rasa
macam macam rasa
serentak
aku gila
sebab apa
sebab kau
terima kasih
apa yang aku rasa
aku sedar
jalan yang aku lalu
aku tak tahu
kenapa aku rasa
macam macam rasa
serentak
aku gila
sebab apa
sebab kau
terima kasih
Suite 1306 (15 Februari 2013)
Hampir setiap hari
antara 12 hingga tiga pagi
tidak akan ada yang lena
kedengaran
suara itu
suara ini
malah ada yang tekad
cari jalan keluar
dengan cara mudah
kesudahannya
dijemput dengan keranda
antara 12 hingga tiga pagi
tidak akan ada yang lena
kedengaran
suara itu
suara ini
malah ada yang tekad
cari jalan keluar
dengan cara mudah
kesudahannya
dijemput dengan keranda
Mana Arah Sujudku (14 Februari 2013)
Termenung terdiam
tangan menggenggam sejadah
ke kiri ke kanan
mana arah sujudku
tak nampak
wuduk tadi
entah betul tidak
Ya Allah !
aku tak layak ke syurgaMu
tak pula aku minta nerakaMu
tangan menggenggam sejadah
ke kiri ke kanan
mana arah sujudku
tak nampak
wuduk tadi
entah betul tidak
Ya Allah !
aku tak layak ke syurgaMu
tak pula aku minta nerakaMu
Bukan Semua (13 Februari 2013)
Hidup tadi
mengajar hamba
takut kawan itu
sama berjalan
menghunus pedang
maka jadinya
tinggalkan satu anak panah
mengajar hamba
takut kawan itu
sama berjalan
menghunus pedang
maka jadinya
tinggalkan satu anak panah
Otak Dekat Lutut (13 Februari 2013)
Mana hilangnya
minda tuan hamba
beri makan ayam
dengan ayam hamba
yang hampir hamba nak telan
alasan tuan hamba cuma
ayam yang makan itu
nanti hamba pelihara
sangat bijak
tak pernah orang buat
otak dekat lutut !
minda tuan hamba
beri makan ayam
dengan ayam hamba
yang hampir hamba nak telan
alasan tuan hamba cuma
ayam yang makan itu
nanti hamba pelihara
sangat bijak
tak pernah orang buat
otak dekat lutut !
Sama Sahaja (13 Februari 2013)
Depan cermin
aku nampak kau
dalam kau nampak aku
sambil kau perhati
kita sama sahaja
kita angkat tangan
kita jelir lidah
semua sama
pandangan mereka
nampak lain
aku nampak kau
dalam kau nampak aku
sambil kau perhati
kita sama sahaja
kita angkat tangan
kita jelir lidah
semua sama
pandangan mereka
nampak lain
Dia Super Blossom (12 Februari 2013)
Sebak
cuma ada satu tangan
yang menghalangnya
dengan usapan memujuk
di belakang hamba
sambil berkata
"orang ada ni"
cuma ada satu tangan
yang menghalangnya
dengan usapan memujuk
di belakang hamba
sambil berkata
"orang ada ni"
Emosi Terganggu (12 Februari 2013)
sekejap sahaja
tetap hamba terasa
semuanya sekali gus
terdiam, menangis, ketawa
menjerit mereka sahaja yang dengar
bila diajukan soalan
mereka bergelengan
sedang hidung hamba masih disini
maka iyakan sahaja
mungkin boleh terdiam mulut mereka
sepatu hamba di depan
sarungkan dan rasakan
tetap hamba terasa
semuanya sekali gus
terdiam, menangis, ketawa
menjerit mereka sahaja yang dengar
bila diajukan soalan
mereka bergelengan
sedang hidung hamba masih disini
maka iyakan sahaja
mungkin boleh terdiam mulut mereka
sepatu hamba di depan
sarungkan dan rasakan
Ampunkan Hamba (12 Februari 2013)
Lalu si hijau pucuk pisang
ingatkan dia
lalu si pororo
terus khabarkan kepadanya
semua cerita hamba khabarkan
semua pasalnya hamba sebarkan pada teman
apa yang hamba fikirkan
apa yang hamba rasakan
sedang lembu masih tertambat
sedang burung masih terkurung
harap diampun
hamba tidak boleh halang
ingatkan dia
lalu si pororo
terus khabarkan kepadanya
semua cerita hamba khabarkan
semua pasalnya hamba sebarkan pada teman
apa yang hamba fikirkan
apa yang hamba rasakan
sedang lembu masih tertambat
sedang burung masih terkurung
harap diampun
hamba tidak boleh halang
Rimas (12 Februari 2013)
berderap derap tapak kaki
rimas
segala macam suara
mana hamba pijak
mesti tergeliat
takkan selamanya
tunggu
akan hamba bersuara
rimas
segala macam suara
mana hamba pijak
mesti tergeliat
takkan selamanya
tunggu
akan hamba bersuara
Takut (11 Februari 2013)
hari ini
tuan hamba hulurkan tangan
hamba selamat
sudah banyak hamba telan
esok lusa ?
sepurnama lagi ?
pernah hamba terdengar
hamba takut
tapi bukan mati
cuma lemas
hamba pernah lemas
diselamatkan
bakal lemas lagi
barangkali
tuan hamba hulurkan tangan
hamba selamat
sudah banyak hamba telan
esok lusa ?
sepurnama lagi ?
pernah hamba terdengar
hamba takut
tapi bukan mati
cuma lemas
hamba pernah lemas
diselamatkan
bakal lemas lagi
barangkali
Celaka (11 Februari 2013)
nampak keris
tak nampak laksamana
nampak tombak
tak nampak hulubalang
keluar !
jangan sorok belakang senjata
bersalaman
ucapan yang belum tentu nyata
ayuh
tikam hamba kalau bersedia
tak nampak laksamana
nampak tombak
tak nampak hulubalang
keluar !
jangan sorok belakang senjata
bersalaman
ucapan yang belum tentu nyata
ayuh
tikam hamba kalau bersedia
Singa Gua (11 Februari 2013)
menanti menongkat dagu
sekali sepurnama
berganti hulubalang
berganti laksamana
berganti pertapa
diugut maki
tetap dengan rentaknya
tuah tidak setuah itu
pergi mati !
sekali sepurnama
berganti hulubalang
berganti laksamana
berganti pertapa
diugut maki
tetap dengan rentaknya
tuah tidak setuah itu
pergi mati !
Masih Di Dalam (11 Februari 2013)
menangis
berteriak
meraung
cuma terngiang ngiang
tuan hamba di dalam
hamba asal dari dalam
mana sifat merah tuan hamba
hamba yang menjadikannya merah
takut pada bayang sendiri
ingat, itu hanya ilustrasi
kunci dipertaruh
jalan dah bersuluh
tetap mengeluh,berpeluh keruh
berteriak
meraung
cuma terngiang ngiang
tuan hamba di dalam
hamba asal dari dalam
mana sifat merah tuan hamba
hamba yang menjadikannya merah
takut pada bayang sendiri
ingat, itu hanya ilustrasi
kunci dipertaruh
jalan dah bersuluh
tetap mengeluh,berpeluh keruh
Katanya (11 Februari 2013)
Katanya hati diremuk remuk
minta dibelai
katanya hati dipijak pijak
ingin dimanja
kata hatinya lagi dilukai
minta dirawat
asyik hatinya ditengok jaga
hati sendiri
ada siapa tanya ?
minta dibelai
katanya hati dipijak pijak
ingin dimanja
kata hatinya lagi dilukai
minta dirawat
asyik hatinya ditengok jaga
hati sendiri
ada siapa tanya ?
Sepuluh (30 Ogos 2012)
Dunia menjadi bidan
demi menyambut anak bulan
hadiah, katil, bilik dirapi
bagi merai kemenangan mengawal nafsu
genap tiga puluh hari
fajar syawal menyinsing
mengiringi sembah pada Yang esa
pusara menantikan hadirmu
tegak berdiri
menanti tanah disiram
rumput dicarik
doa dipanjat
kali ini
janggal sangat
tidak seperti masa lalu
tali masih terikat pada layang-layang
payung disambar
jeritan bahang melenyap sepi
hujan mengiringi air mata
hati tidak lagi dibelai manja
tanpa mereka
kerana takdir kini terlaksana
ku merasa kehilangan
ayahanda, bonda !
syurgalah kamarmu, amin.
demi menyambut anak bulan
hadiah, katil, bilik dirapi
bagi merai kemenangan mengawal nafsu
genap tiga puluh hari
fajar syawal menyinsing
mengiringi sembah pada Yang esa
pusara menantikan hadirmu
tegak berdiri
menanti tanah disiram
rumput dicarik
doa dipanjat
kali ini
janggal sangat
tidak seperti masa lalu
tali masih terikat pada layang-layang
payung disambar
jeritan bahang melenyap sepi
hujan mengiringi air mata
hati tidak lagi dibelai manja
tanpa mereka
kerana takdir kini terlaksana
ku merasa kehilangan
ayahanda, bonda !
syurgalah kamarmu, amin.
Saudara Ke Sembilan (25 Ogos 2012)
Kau menapak pergi
seperti masa lalu
acap kali kau hadir
tertulis kau yang mulia
dibandingkan saudara kau lain
segalanya kau lihat
walau kau tak bermata
gelagat anak-anak adam
lupa akan kau
lupa akan nikmat yang datang bersama kau
lupa mencantas peluang diberi
di setiap kedatanganmu
pasti kau pergi
kini tinggal sang insan
meraikan saudara mu
yang pasti kau akan muncul lagi
tapi yang jadi misteri
sempatkah kau aku temui ?
jika yang terakhir 20 kali ini
seperti masa lalu
acap kali kau hadir
tertulis kau yang mulia
dibandingkan saudara kau lain
segalanya kau lihat
walau kau tak bermata
gelagat anak-anak adam
lupa akan kau
lupa akan nikmat yang datang bersama kau
lupa mencantas peluang diberi
di setiap kedatanganmu
pasti kau pergi
kini tinggal sang insan
meraikan saudara mu
yang pasti kau akan muncul lagi
tapi yang jadi misteri
sempatkah kau aku temui ?
jika yang terakhir 20 kali ini
Bonda (25 Jun 2012)
Bonda,
buku getah lumpur sawah
semua tak pernah kau kisah
sesekali bisa tersimbah
tetap giat kasih di curah
Bonda,
jerit pedihmu tak pernah ku dengar
memang sengaja kau biar
supaya anakmu tidak gusar
agar kehidupan bergerak lancar
Bondaku,
Redhamu, Redha Allah
Murkamu, Murka Allah
Duhai bonda,
kaismu tak harapkan balasan
penuhi anak segulung impian
agar tetap terus perjalanan
apa di rasa tak kami perasan
Bonda,
meski emas tujuh benua
tetap jasamu tidak sama
hajat bawa mu ke pintu syurga
itu saja doa kami bersama
Duhai bonda,
segala dosaku sangat dikesali
apa yang ku buat selama ini
hanya mampu kau tangisi
harap bau syurga bawah tapak kaki
Bonda,
sayang padamu tak pernah kendur
andai ribut rela ku tempur
rela aku yang menggelupur
biar aku yang tidak tidur
Bonda,
tinggi mana aku berdiri tetap teguh
kasih dialah ibuku penuh
tanpa secebis mu aku lumpuh
tanpamu warna jiwaku lusuh
buku getah lumpur sawah
semua tak pernah kau kisah
sesekali bisa tersimbah
tetap giat kasih di curah
Bonda,
jerit pedihmu tak pernah ku dengar
memang sengaja kau biar
supaya anakmu tidak gusar
agar kehidupan bergerak lancar
Bondaku,
Redhamu, Redha Allah
Murkamu, Murka Allah
Duhai bonda,
kaismu tak harapkan balasan
penuhi anak segulung impian
agar tetap terus perjalanan
apa di rasa tak kami perasan
Bonda,
meski emas tujuh benua
tetap jasamu tidak sama
hajat bawa mu ke pintu syurga
itu saja doa kami bersama
Duhai bonda,
segala dosaku sangat dikesali
apa yang ku buat selama ini
hanya mampu kau tangisi
harap bau syurga bawah tapak kaki
Bonda,
sayang padamu tak pernah kendur
andai ribut rela ku tempur
rela aku yang menggelupur
biar aku yang tidak tidur
Bonda,
tinggi mana aku berdiri tetap teguh
kasih dialah ibuku penuh
tanpa secebis mu aku lumpuh
tanpamu warna jiwaku lusuh
Semangat Hijau (16 Jun 2012)
Bina titi menuju ke hujung sana
dengan darah, kudrat dan air mata
usah biar usang gerbangnya
istana yang runtuh harus dibina semula
rapatkan saf semangat juang semua
musuh kita ada di mana mana
usah gentar pada bayang mereka
teruskan gerak kaki langkahmu
doa kami petik kemenangan jadi milikmu
biar seluas lautan keluarga bumi tahu
siapa sebenar diri kamu bila menyerbu
pantas tangkis serangan yang datang setiap penjuru
bagaikan burung phoenix bangkit dari abu
biar mereka bak tentera bergajah mati dibaling batu
nyanyikan semangat hijau dari gendang
izinkan aku bermain irama lagu riang
jadikan warna kubah-kubahmu kian terang
salamku pada langit tanpa bulan bintang
tak sabar menantikan esok yang mendatang
menyeri hidup kami bila kau bangkit pulang
semangat diilhamkan di bilah pedang kami karang
sang merpati hitam terbang bawa khabar
sang algojo tarik jatuh menyembah akar
sekilas semangat hijau sedang terbakar
kilatnya bilah pedang terus terpancar
walau rasa dipijak namun usah gusar
dijanjikan destinasinya Firdausi digelar
tiga puluh kebenaran harap terus kami sandar
tetap darah Salehuddin mengalir deras ke nurani
kabus malam menyekat tetap ligat ditembusi
atas kuda hitam panji dijulang tinggi
meski hilang tangan kaki tetap tak menyembah bumi
tujuan berlari tidak hanya kesana kesini
tika tertimbus masih tahu tanah mana perlu digali
demi mencari permata nilai yang menanti
dengan darah, kudrat dan air mata
usah biar usang gerbangnya
istana yang runtuh harus dibina semula
rapatkan saf semangat juang semua
musuh kita ada di mana mana
usah gentar pada bayang mereka
teruskan gerak kaki langkahmu
doa kami petik kemenangan jadi milikmu
biar seluas lautan keluarga bumi tahu
siapa sebenar diri kamu bila menyerbu
pantas tangkis serangan yang datang setiap penjuru
bagaikan burung phoenix bangkit dari abu
biar mereka bak tentera bergajah mati dibaling batu
nyanyikan semangat hijau dari gendang
izinkan aku bermain irama lagu riang
jadikan warna kubah-kubahmu kian terang
salamku pada langit tanpa bulan bintang
tak sabar menantikan esok yang mendatang
menyeri hidup kami bila kau bangkit pulang
semangat diilhamkan di bilah pedang kami karang
sang merpati hitam terbang bawa khabar
sang algojo tarik jatuh menyembah akar
sekilas semangat hijau sedang terbakar
kilatnya bilah pedang terus terpancar
walau rasa dipijak namun usah gusar
dijanjikan destinasinya Firdausi digelar
tiga puluh kebenaran harap terus kami sandar
tetap darah Salehuddin mengalir deras ke nurani
kabus malam menyekat tetap ligat ditembusi
atas kuda hitam panji dijulang tinggi
meski hilang tangan kaki tetap tak menyembah bumi
tujuan berlari tidak hanya kesana kesini
tika tertimbus masih tahu tanah mana perlu digali
demi mencari permata nilai yang menanti
Inkarnasi (16 Jun 2012)
Datang tak diundang
tak pula dihantar pulang
namun bila aku datang
dia pasti pergi
kerana dia takut bila aku berani
jasad dikongsi dua roh
aku pendiam dia agresif
aku pemalu dia berlagu
dia senyum bila tipu
aku senyum bila tersipu
tapi semua gaya aku
tak boleh dia tiru
bukan si botak dari alam anker
setan iblis atau pelesit
bukan juga si jerangkung
entahlah, adili sendiri
bulu roma naik aku nampak hitam
bila aku pitam dia datang cakap siam
bila aku marah lekas dia berdarah
bila dia diam jangan lekas lepas genggam
fuhh sini fuhh sana dia tak terima
jangan genggam angin kalau tidak berisi
usah tiup asap kalau tidak berkemenyan
tidak perlu memicit si ibu jika tidak berilmu
aku boleh trauma jika dia datang berlima
aku boleh pengsan bila dia menekan
aku boleh jatuh bila dia berdiri teguh
aku boleh sesak jika dia keluar dari semak
harap diampun jika taman mainanmu aku terpijak
harap diampun jika kampungmu aku tersinggah
harap diampun jika rumahmu aku tersepak
tak pula dihantar pulang
namun bila aku datang
dia pasti pergi
kerana dia takut bila aku berani
jasad dikongsi dua roh
aku pendiam dia agresif
aku pemalu dia berlagu
dia senyum bila tipu
aku senyum bila tersipu
tapi semua gaya aku
tak boleh dia tiru
bukan si botak dari alam anker
setan iblis atau pelesit
bukan juga si jerangkung
entahlah, adili sendiri
bulu roma naik aku nampak hitam
bila aku pitam dia datang cakap siam
bila aku marah lekas dia berdarah
bila dia diam jangan lekas lepas genggam
fuhh sini fuhh sana dia tak terima
jangan genggam angin kalau tidak berisi
usah tiup asap kalau tidak berkemenyan
tidak perlu memicit si ibu jika tidak berilmu
aku boleh trauma jika dia datang berlima
aku boleh pengsan bila dia menekan
aku boleh jatuh bila dia berdiri teguh
aku boleh sesak jika dia keluar dari semak
harap diampun jika taman mainanmu aku terpijak
harap diampun jika kampungmu aku tersinggah
harap diampun jika rumahmu aku tersepak
17 February 2013
Penghuni Kaki Lima (13 Jun 2012)
Dia kusyuk berjalan ke hilir ke hulu
mencari tempat berpeluk kaku
dari matahari tinggi suhu
dari sejuk yang membeku
dari hujan yang menyerbu
harapkan kain mengalas kulit dari melecur
ditemani kotak kotak bujur
di ruang kaki lima dia pun tidur
dijeling si riak dan takbur
tak siapa kisah makan minumnya
tak siapa peduli tidurnya
tak siapa hirau mandinya
tak siapa tahu isi hatinya
mereka hanya tahu mencaci
apabila diminta simpati
mereka tidak laluinya sendiri
hanya memberi alasan supaya berdikari
jiwa menjerit menderita
apa dilalui tidak sama
tidak sama seperti kita
bermegah dengan kuasa kuda
matanya puas berenang dalam air mata
yang dilaluinya hanya duka
cuma kita tidak tahu punca
hanya pandai mencerca
mencari tempat berpeluk kaku
dari matahari tinggi suhu
dari sejuk yang membeku
dari hujan yang menyerbu
harapkan kain mengalas kulit dari melecur
ditemani kotak kotak bujur
di ruang kaki lima dia pun tidur
dijeling si riak dan takbur
tak siapa kisah makan minumnya
tak siapa peduli tidurnya
tak siapa hirau mandinya
tak siapa tahu isi hatinya
mereka hanya tahu mencaci
apabila diminta simpati
mereka tidak laluinya sendiri
hanya memberi alasan supaya berdikari
jiwa menjerit menderita
apa dilalui tidak sama
tidak sama seperti kita
bermegah dengan kuasa kuda
matanya puas berenang dalam air mata
yang dilaluinya hanya duka
cuma kita tidak tahu punca
hanya pandai mencerca
Bayang Siang (4 Jun 2012)
Mereka begitu riang
dengan dunia sekarang
sedapnya mereka terbongkang
itu semua hanya wayang
mereka tetap berlaku curang
biar dari waktu siang
sampai hadirnya petang
hingga mentari menghilang
diganti bulan terang
tangan kau akanku pegang
ingat apa yang dilarang
jangan sampai genggamku berkurang
dalam fikiranku terbayang
apa akan jadi esok siang
bolehkah aku terbang ?
untuk bawa kau pulang
aku bercakap pada bintang
aku takut kau hilang
di waktu siang
elak jadi lalang
mungkin kau kan melayang
namamu jangan dibuang
itu tanda kau adalah orang
mahkotamu usah ditayang
sesetengah akan gila bayang
aku takut kau kan kecundang
walau harapan tak terbilang
walau sudah aku rancang
biar aku berperang
biar mereka salah pandang
tetap janjiku bawa kau pulang
jika diberikan ku satu peluang
akan ku pinta jadi badang
biarpun ia watak yang usang
asal menjadi bayang siang
dengan dunia sekarang
sedapnya mereka terbongkang
itu semua hanya wayang
mereka tetap berlaku curang
biar dari waktu siang
sampai hadirnya petang
hingga mentari menghilang
diganti bulan terang
tangan kau akanku pegang
ingat apa yang dilarang
jangan sampai genggamku berkurang
dalam fikiranku terbayang
apa akan jadi esok siang
bolehkah aku terbang ?
untuk bawa kau pulang
aku bercakap pada bintang
aku takut kau hilang
di waktu siang
elak jadi lalang
mungkin kau kan melayang
namamu jangan dibuang
itu tanda kau adalah orang
mahkotamu usah ditayang
sesetengah akan gila bayang
aku takut kau kan kecundang
walau harapan tak terbilang
walau sudah aku rancang
biar aku berperang
biar mereka salah pandang
tetap janjiku bawa kau pulang
jika diberikan ku satu peluang
akan ku pinta jadi badang
biarpun ia watak yang usang
asal menjadi bayang siang
Konspirasi Mata Satu (2 Jun 2012)
Dunia sudah tahu
namun hanya mampu membisu
Seribu satu tipu daya
hanya mengaburi mata
kau pinta singgahsana
untuk kau merencana
kau janjikan harta
kekuasaan hanya didunia
segalanya telah kau rancang
watak penyelamat mahupun perang
sungguh hebat kau berhajat
perangkap umat ke jalan sesat
celiklah mata wahai manusia
dia mengkuda kan kamu semua
dia hanya bermata satu
terbukti dia raja penipu
jangan diturut segala kehendak
kelak dalam tempayan kaulah katak
namun hanya mampu membisu
Seribu satu tipu daya
hanya mengaburi mata
kau pinta singgahsana
untuk kau merencana
kau janjikan harta
kekuasaan hanya didunia
segalanya telah kau rancang
watak penyelamat mahupun perang
sungguh hebat kau berhajat
perangkap umat ke jalan sesat
celiklah mata wahai manusia
dia mengkuda kan kamu semua
dia hanya bermata satu
terbukti dia raja penipu
jangan diturut segala kehendak
kelak dalam tempayan kaulah katak
Tuju Ke Hulu (2 Jun 2012)
Bangun dari merangkak
bebas dari sangkar
tengkuk dikokak sang belang
kasihan, sahaja kubiar
biarkan dia !
biarkan !
pengalaman tidak boleh dipetik
harus ditanam, dibaja mahupun disiram
itu nikmat yang paling padat
malam sudah gelisah
ingin menunjuk taring
biar apapun kata si bintang
pagi yang aku jemput
pagi yang aku harap
timbullah fajar !
timbullah !
berseni diatas dahan
diburu api dengki si orang hutan
telinga dibisik sang hujan
pesannya agarku bertahan
dari maki dan cacian
deras tetapku redahi
dalam tetapku selami
luas tetapku renangi
bahaya tetapku harungi
jangan kau hirau !
jangan !
jika disapa penunggu
hanya satu doaku
niatku jangan diganggu
kerana satu motifku
iaitu tuju ke hulu
bebas dari sangkar
tengkuk dikokak sang belang
kasihan, sahaja kubiar
biarkan dia !
biarkan !
pengalaman tidak boleh dipetik
harus ditanam, dibaja mahupun disiram
itu nikmat yang paling padat
malam sudah gelisah
ingin menunjuk taring
biar apapun kata si bintang
pagi yang aku jemput
pagi yang aku harap
timbullah fajar !
timbullah !
berseni diatas dahan
diburu api dengki si orang hutan
telinga dibisik sang hujan
pesannya agarku bertahan
dari maki dan cacian
deras tetapku redahi
dalam tetapku selami
luas tetapku renangi
bahaya tetapku harungi
jangan kau hirau !
jangan !
jika disapa penunggu
hanya satu doaku
niatku jangan diganggu
kerana satu motifku
iaitu tuju ke hulu
Subscribe to:
Comments (Atom)