Pages

13 May 2013

Mawar Kembar (13 Mei 2013)


Aku didodoikan dengan hikayatnya
ceritanya yang dalam kira kira
kemanakah hala tujunya
adakah si dia atau dia
di meronta, meronta derita
terkadangnya dia meroyan
kerana tergaru garu buat pilihan

aku bersuara
"akak, kenapa bermenung ?
kita kan ada Dia
Dia ada jawapan yang tepat
Dia akan suluhkan
akak dan Dia cuba dekatkan"

Aku diceritakan lagi
berita sama ada nipis tebal
derita yang hilang hujung pangkal
memang kadang kita pun tak boleh sangkal
tapi tak semua cerita kita boleh hafal
cuma akak, sedia kan dalam bekal
teguh, tabah dan cekal

No comments:

Post a Comment