11 May 2013
Cerita Dalam Tong Sampah (11 Mei 2013)
Aku
ini cerita aku
jadi dengar
pasang telinga
pasang hati
aku tak tahu
cerita aku
cerita kamu
cerita dia
dan cerita mereka
apakah sama
tapi ini
ini cerita aku
terlahir aku
lalu di tempatkan
dalam tong sampah
tidak aku minta
tapi tertanya tanya
kenapa aku
kenapa bukan
kita semua
ayah bonda
kenapa aku
diperlakukan begini
apakah salahku ?
apakah dosaku ?
aku baru saja
dibenarkan melihat dunia
tidak sempat aku
lakukan apa apa
tapi ayah
kenapa marah bonda ?
tapi aku dicampakkan
jika salahku
maafkan ku bonda
kerana aku
kau dicaci maki
aku tak mahu
kerana aku
kau dimarah lagi
tapi kenapa
ayah bonda
engkau biarkan
aku di dalam ini
aku tertanya tanya
jika salahku
ampunkan aku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment