Dari satu
ke satu penjuru
dari dalam
dari luar
tiada yang terlepas
curi pandang aku
Bonda, selamatkan aku
Ayah, dengar rintihanku
Dengar sini kawan
jangan ikut aku
bukan jalan lurus yang aku lalu
penuh duri penuh berliku
dari masa silam
sangat sarat bintik hitam
percaya ku memang kejam
bukan bunga tapi sengsara
yang aku pinjam
hidupkan aku saudara
kejutkan dari lena
29 May 2013
Ritma Jantung Baru (29 Mei 2013)
Andaikan saja
ada jantung baru
boleh keluar dari saku
berdenyut empunya perilaku
mengikut ritma dia berlagu
jadinya nafsu bukat satu
semuanya bencana sini situ
dengan beribu lagu
kasadnya melampias nafsu
si penipu menipu yang ditipu
tiada lagi bijaksana
tiada lagi arif yang tahu
riak durja kita tahu
mana palsu jadi yang jitu
ada jantung baru
boleh keluar dari saku
berdenyut empunya perilaku
mengikut ritma dia berlagu
jadinya nafsu bukat satu
semuanya bencana sini situ
dengan beribu lagu
kasadnya melampias nafsu
si penipu menipu yang ditipu
tiada lagi bijaksana
tiada lagi arif yang tahu
riak durja kita tahu
mana palsu jadi yang jitu
27 May 2013
Tujuh Tahun Lagi (27 Mei 2013)
Tujuh tahun lagi
apa aku akan pakai
apa aku akan sarung
siapa akan aku payung
ceriakan aku dalam bermenung
terlalu mendalam
aku berfikir
fikrah yang berlebihan
tersentak dengan alunan igauan
acap kali tampil aku tertekan
tujuh tahun lagi
entah aku masih berdiri
ataupun mati
apa aku akan pakai
apa aku akan sarung
siapa akan aku payung
ceriakan aku dalam bermenung
terlalu mendalam
aku berfikir
fikrah yang berlebihan
tersentak dengan alunan igauan
acap kali tampil aku tertekan
tujuh tahun lagi
entah aku masih berdiri
ataupun mati
Berbicara Dengan Awan (27 Mei 2013)
Wahai awan
harap kau tidak turunkan hujan
waktu aku sedang beroyat
tentang hikayat aku
kepadamu sambil aku mendongak
culang caling aku
bila tak tahu apa yang berlaku
sambil kocek dalam saku
aku berdiri kaku
sementang dia tidak disisi
aku tetap mencari kau awan
mencari kau yang untuk aku tuliskan
tuliskan namanya lukiskan durjanya
sampaikan warkah ini kepadanya
terima kasih awan
harap kau tidak turunkan hujan
waktu aku sedang beroyat
tentang hikayat aku
kepadamu sambil aku mendongak
culang caling aku
bila tak tahu apa yang berlaku
sambil kocek dalam saku
aku berdiri kaku
sementang dia tidak disisi
aku tetap mencari kau awan
mencari kau yang untuk aku tuliskan
tuliskan namanya lukiskan durjanya
sampaikan warkah ini kepadanya
terima kasih awan
Rindu Yang Pasti (27 Mei 2013)
Sepertinya
mahu saja aku
telan suara kamu
supaya nanti
bila aku rindu
aku luahkan dan aku dengar
atma yang tiada lagi karar
bila aku rindu
bila tiada lagi
di depanku durjamu
cuma sejuring dari kata kata
ingin aku kedepankan
aku rindu kamu
mahu saja aku
telan suara kamu
supaya nanti
bila aku rindu
aku luahkan dan aku dengar
atma yang tiada lagi karar
bila aku rindu
bila tiada lagi
di depanku durjamu
cuma sejuring dari kata kata
ingin aku kedepankan
aku rindu kamu
23 May 2013
Senja Kini (23 Mei 2013)
Senja itu
hati cuma suku
tiada termampu
untuk berlagu
syahdu
sungguh sayu
kaku terpaku
tergigitkan rasa rindu
biar begitu
senyum aku menunggu
tapi
senja kini
tergaru berkali kali
cuma bayang disisi
cuma berimaginari
hujan tergelincir lagi
ke dalam mata dia refleksi
sayu hati
perasaan ngeri
kadang indah tak terperi
biarkan aku menanti
terus aku begini
sampai yang menjemput hanya mati
izinNya kita jumpa sana nanti
22 May 2013
Berdirinya Wanita Sakti (22 Mei 2013)
Bukan aku tak cuba
aku cuba
sarung sepatu
yang dia pakai
tapi aku gagal
aku jatuh
aku mengeluh
berpeluh peluh
tapi dia
sambil tersenyum
dia berdiri
berjalan
malah berlari
lebih dari bukti
dia harungi
dia hadapi
berdirinya wanita sakti
21 May 2013
Panglima Beta (21 Mei 2013)
takkan ku biar beliung
yang mengharung
menjajahmu yang terpatung
takkan ku biar guruh
yang menyeluruh
mengganggumu yang mengeruh
walaupun yang tersembunyi
walaupun yang tersorok
tapi
apalah sangat
kudrat ini
kita merencana
takdir yang terlaksana
semadilah dikau
dengan aman disana
Tergamam (21 Mei 2013)
Tubuh kaku itu
aku tatap
kejayaan yang dalam tangan
tinggal sejengkal
untuk kita raikan
tangan itu
aku idam
untuk aku cium
kala aku sarung
kejayaan aku
untukmu tersenyum
bibir yang tersenyum
aku idam
untuk aku rakam
dengan secebis kebanggaan
dari wajah terpaut
dan tersergam
yang diidam
aku jadi
tergamam
terdiam
sedih tak terbayang mata
pilu menggigit jiwa
nyamanlah ayahanda beta
damailah duduk di sana
cuma doa dari anakanda
moga sampailah hendaknya
ayahanda melangkah ke syurga
14 May 2013
Kehadapan Gadis Katik (14 Mei 2013)
Aku terbaring
penat
tapi selesa
terdamparnya aku
atas peha kamu
nyanyikan aku
dengan belaian
tapi kenapa
kenapa kamu
aku bukan siapa
bukan hulubalang
bukan panglima
bukan laksamana
sementara aku
dicampak campak
kadang dipijak pijak
aku bilang usah
aku jahat
aku tak hebat
layaknya kena sebat
tapi kamu sambut
sambil belai rambut
kamu menyahut
itu aku dulu
kenalmya kamu pada
aku sekarang
penat
tapi selesa
terdamparnya aku
atas peha kamu
nyanyikan aku
dengan belaian
tapi kenapa
kenapa kamu
aku bukan siapa
bukan hulubalang
bukan panglima
bukan laksamana
sementara aku
dicampak campak
kadang dipijak pijak
aku bilang usah
aku jahat
aku tak hebat
layaknya kena sebat
tapi kamu sambut
sambil belai rambut
kamu menyahut
itu aku dulu
kenalmya kamu pada
aku sekarang
13 May 2013
Mawar Kembar (13 Mei 2013)
Aku didodoikan dengan hikayatnya
ceritanya yang dalam kira kira
kemanakah hala tujunya
adakah si dia atau dia
di meronta, meronta derita
terkadangnya dia meroyan
kerana tergaru garu buat pilihan
aku bersuara
"akak, kenapa bermenung ?
kita kan ada Dia
Dia ada jawapan yang tepat
Dia akan suluhkan
akak dan Dia cuba dekatkan"
Aku diceritakan lagi
berita sama ada nipis tebal
derita yang hilang hujung pangkal
memang kadang kita pun tak boleh sangkal
tapi tak semua cerita kita boleh hafal
cuma akak, sedia kan dalam bekal
teguh, tabah dan cekal
11 May 2013
Cerita Dalam Tong Sampah (11 Mei 2013)
Aku
ini cerita aku
jadi dengar
pasang telinga
pasang hati
aku tak tahu
cerita aku
cerita kamu
cerita dia
dan cerita mereka
apakah sama
tapi ini
ini cerita aku
terlahir aku
lalu di tempatkan
dalam tong sampah
tidak aku minta
tapi tertanya tanya
kenapa aku
kenapa bukan
kita semua
ayah bonda
kenapa aku
diperlakukan begini
apakah salahku ?
apakah dosaku ?
aku baru saja
dibenarkan melihat dunia
tidak sempat aku
lakukan apa apa
tapi ayah
kenapa marah bonda ?
tapi aku dicampakkan
jika salahku
maafkan ku bonda
kerana aku
kau dicaci maki
aku tak mahu
kerana aku
kau dimarah lagi
tapi kenapa
ayah bonda
engkau biarkan
aku di dalam ini
aku tertanya tanya
jika salahku
ampunkan aku
09 May 2013
Serba Celaka (9 Mei 2013)
Maafkan daku
selama ini melempar batu ke arahmu
Maafkan daku
selama ini menyuapmu dengan amarah
Maafkan daku
yang serba serbi celaka ini
Maafkan daku
yang acap kali buta
Maafkan daku gadis
Maafkan
Soalan Untuk Bulan (9 Mei 2013)
Bulan
maafkan hamba
hamba buta
tuan hamba ada
kiri kanan belakang
depan mata
tapi hamba buta
hamba bodoh
tercicir yang digendong
terlepas yang digenggam
tersepak yang di bawah
hamba tersadung
tuan hamba tabah
tuan hamba papah
hamba yang lemah
apakah tuan hamba akan terus
hamba yang jatuh tuan hamba sambutkan ?
08 May 2013
Bukti Buluh Sayu (8 Mei 2013)
Kedengaran
buluh sayu mendayu dayu
bukti hati yang bercelaru
pagi yang bukan semacam dulu
kadang lesu kadang pedih
jantung terkadang meronta
meronta untuk keluar
wahai tuan hamba
bisiklah walau sekali
bawakan khabar gembira
berdirilah disana
ditempat hamba
perlukan tuan hamba
Sang Tulang Hidup (8 Mei 2013)
Dibunuh
atas permintaan sendiri
ada yang lalai
ada dari kecil tak diabai
terbuai buai
terkial kial
menapak sejengkal
tidur mana ada bantal
gaya hidup yang membuat mereka cekal
katanya
tapi tidak akan kekal
ingatlah
ayahanda di rumah
bonda di sebelah
pulang dan ubah
air mata ke senyuman indah
Al Kisah Lelaki Disampahkan (8 Mei 2013)
Api
mengiringi ngeri
tak ingin pergi
celakalah kau lelaki
katanya semua begini
ada kau tak fahami
satu yang kau tak mengerti
ayahanda mu juga lelaki
tanpanya kau tak ke bumi
sampai ke dinihari
07 May 2013
Si Kosong dan Perantaraan Komunikasi (8 Mei 2013)
sunyi
sepi
senyap
kadang sakit
kadang serabut
semua jadi sama
papan kunci
tidak bergerak aktif
situasi sama barangkali
dalam waktu begini
tak tentu hala jadi
sakit tak terperi
celakalah jari jemari
mana hilang
pagi berseri
mana hilang
pesanan tak terperi
06 May 2013
Disebalik Tembok (6 Mei 2013)
Bertahan
kuatkan iman
bangun dan berjalan
sebalik tembok didepan
ada yang bertempiaran
berkeliaran berkejaran
diam dan termenung sejenak
ada yang masih dalam kotak
atas kotak ada yang nazak
disua kerak tidak sekali menolak
bumi kilang kelongsong
ini bukan cerita bohong
bukan juga omong kosong
doa tawakkal tuhan tolong
Bisik Si Baju Hitam (6 Mei 2013)
Tempoh 48 jam
dalam suasana suram
muram, kadang kejam
bisik si baju hitam
tidak! cuma terkemam
barangkali terlintas masa silam
kenapa kau kejam ?
kenapa aku muram ?
semua bermula dengan pagi yang suram
yang mampu cuma aku pendam
mungkin mahu aku diam
mungkin sampai aku terpejam
maaf dari si baju hitam
Tentera Berabjad (6 Mei 2013)
Sedia
kita tempur
perjuangan kita
belum selesai
berpaksi hanya
pada yang Esa
kita sudah
senang bersama
susah bersama
bersuara bersama
kalau bukan sekarang
mungkin akan datang
teruskan berjuang
saudaraku sayang
Risau (6 Mei 2013)
Ketidakkeruan yang melampau
kecelaruan tiada masa lampau
lagaknya setara menghalau
jati diri elak kenangan silau
minta kebumi dari kau
seperti dulu tiada lagi terpukau
sekarang gaya genggam pisau
dari sedih terbit sang risau
02 May 2013
Alissa Auni (2 Mei 2013)
Bermula purnama kelima
lahirmu melihat dunia
cantik dianugerahkan nama
penantian dalam definisi makna
melihat gerangan sempurna
sempurna geraknya
sempurna tuturnya
sempurna semuanya
semuanya sempurna
jadinya supaya tidak layu
dalam persekitaran kadang sayu
kadang beku kadang tergaru garu
bila tua pandai ketuk pintu
masuk mula kanan dahulu
boleh tahu mana jitu mana palsu
lahirmu melihat dunia
cantik dianugerahkan nama
penantian dalam definisi makna
melihat gerangan sempurna
sempurna geraknya
sempurna tuturnya
sempurna semuanya
semuanya sempurna
jadinya supaya tidak layu
dalam persekitaran kadang sayu
kadang beku kadang tergaru garu
bila tua pandai ketuk pintu
masuk mula kanan dahulu
boleh tahu mana jitu mana palsu
01 May 2013
Cermin Trauma (30 April 2013)
Didalam cermin
terlihat engkau
meronta ronta
sambil dirantai digari
Didalam cermin
engkau menjerit
mengadu nasib
yang kerap menghimpit
Didalam cermin
kau hulurkan tangan
lalu aku capai
tapi kau lepaskan semula
Didalam cermin
aku jejakkan kaki
meredah lumpur
demi selamatkan kau
terlihat engkau
meronta ronta
sambil dirantai digari
Didalam cermin
engkau menjerit
mengadu nasib
yang kerap menghimpit
Didalam cermin
kau hulurkan tangan
lalu aku capai
tapi kau lepaskan semula
Didalam cermin
aku jejakkan kaki
meredah lumpur
demi selamatkan kau
Sembilan Purnama (29 April 2013)
Sembilan purnama
dalam ketandusan keringat
kudrat makin ligat
kadang terbuang tebiat
lupakan segala penat
sampai masanya pasti terubat
sembilan purnama
kadang tak berkekalan
kadang tiada haluan
laungan pekikan
menyambut gerangan
dengan kecekalan
sembilan purnama
perjuangan yang dihargai
bukan boleh dibeli
dia akan lebih memahami
saat yang dia alami
satu hari nanti barangkali
dalam ketandusan keringat
kudrat makin ligat
kadang terbuang tebiat
lupakan segala penat
sampai masanya pasti terubat
sembilan purnama
kadang tak berkekalan
kadang tiada haluan
laungan pekikan
menyambut gerangan
dengan kecekalan
sembilan purnama
perjuangan yang dihargai
bukan boleh dibeli
dia akan lebih memahami
saat yang dia alami
satu hari nanti barangkali
Bapak Kejam (29 April 2013)
Bapak
cukuplah bapak
berhentilah bapak
jangan seksa emak lagi
jangan pukul emak lagi
jangan dera emak lagi
kami sayangkan emak
kami tak mahu emak mati
jangan bunuh emak
jangan kejam dengan emak
jangan zalimi emak
bapak jahat
bapak pergunakan emak
bapak kejam
bapak tindas emak
kami tidak perlukan bapak
kami rela berganti bapak
asalkan emak tidak terseksa
asalkan yang diganti lebih sayangkan emak
cukuplah bapak
berhentilah bapak
jangan seksa emak lagi
jangan pukul emak lagi
jangan dera emak lagi
kami sayangkan emak
kami tak mahu emak mati
jangan bunuh emak
jangan kejam dengan emak
jangan zalimi emak
bapak jahat
bapak pergunakan emak
bapak kejam
bapak tindas emak
kami tidak perlukan bapak
kami rela berganti bapak
asalkan emak tidak terseksa
asalkan yang diganti lebih sayangkan emak
Mutiara Mata (27 April 2013)
Berbagai berita
bermacam cerita
kini sedang tersebar
menambah derita
dari si buta ke pendusta
perasaan berbunuhan
bukan aku yang tentukan
terkadang terbit
dari khayalan
dari gambar
jadi tontonan
satu fakta
dua dusta
dengar yang pertama
lagi dua kita sita
berapa kali tahan
tetap keluar air mata
bulu roma naik
dia jadi gelisah
lepas lafaz bismillah
lantas dia lari
terus sampai bawah
bermacam cerita
kini sedang tersebar
menambah derita
dari si buta ke pendusta
perasaan berbunuhan
bukan aku yang tentukan
terkadang terbit
dari khayalan
dari gambar
jadi tontonan
satu fakta
dua dusta
dengar yang pertama
lagi dua kita sita
berapa kali tahan
tetap keluar air mata
bulu roma naik
dia jadi gelisah
lepas lafaz bismillah
lantas dia lari
terus sampai bawah
Subscribe to:
Comments (Atom)