21 May 2013
Panglima Beta (21 Mei 2013)
takkan ku biar beliung
yang mengharung
menjajahmu yang terpatung
takkan ku biar guruh
yang menyeluruh
mengganggumu yang mengeruh
walaupun yang tersembunyi
walaupun yang tersorok
tapi
apalah sangat
kudrat ini
kita merencana
takdir yang terlaksana
semadilah dikau
dengan aman disana
Tergamam (21 Mei 2013)
Tubuh kaku itu
aku tatap
kejayaan yang dalam tangan
tinggal sejengkal
untuk kita raikan
tangan itu
aku idam
untuk aku cium
kala aku sarung
kejayaan aku
untukmu tersenyum
bibir yang tersenyum
aku idam
untuk aku rakam
dengan secebis kebanggaan
dari wajah terpaut
dan tersergam
yang diidam
aku jadi
tergamam
terdiam
sedih tak terbayang mata
pilu menggigit jiwa
nyamanlah ayahanda beta
damailah duduk di sana
cuma doa dari anakanda
moga sampailah hendaknya
ayahanda melangkah ke syurga
14 May 2013
Kehadapan Gadis Katik (14 Mei 2013)
Aku terbaring
penat
tapi selesa
terdamparnya aku
atas peha kamu
nyanyikan aku
dengan belaian
tapi kenapa
kenapa kamu
aku bukan siapa
bukan hulubalang
bukan panglima
bukan laksamana
sementara aku
dicampak campak
kadang dipijak pijak
aku bilang usah
aku jahat
aku tak hebat
layaknya kena sebat
tapi kamu sambut
sambil belai rambut
kamu menyahut
itu aku dulu
kenalmya kamu pada
aku sekarang
penat
tapi selesa
terdamparnya aku
atas peha kamu
nyanyikan aku
dengan belaian
tapi kenapa
kenapa kamu
aku bukan siapa
bukan hulubalang
bukan panglima
bukan laksamana
sementara aku
dicampak campak
kadang dipijak pijak
aku bilang usah
aku jahat
aku tak hebat
layaknya kena sebat
tapi kamu sambut
sambil belai rambut
kamu menyahut
itu aku dulu
kenalmya kamu pada
aku sekarang
13 May 2013
Mawar Kembar (13 Mei 2013)
Aku didodoikan dengan hikayatnya
ceritanya yang dalam kira kira
kemanakah hala tujunya
adakah si dia atau dia
di meronta, meronta derita
terkadangnya dia meroyan
kerana tergaru garu buat pilihan
aku bersuara
"akak, kenapa bermenung ?
kita kan ada Dia
Dia ada jawapan yang tepat
Dia akan suluhkan
akak dan Dia cuba dekatkan"
Aku diceritakan lagi
berita sama ada nipis tebal
derita yang hilang hujung pangkal
memang kadang kita pun tak boleh sangkal
tapi tak semua cerita kita boleh hafal
cuma akak, sedia kan dalam bekal
teguh, tabah dan cekal
11 May 2013
Cerita Dalam Tong Sampah (11 Mei 2013)
Aku
ini cerita aku
jadi dengar
pasang telinga
pasang hati
aku tak tahu
cerita aku
cerita kamu
cerita dia
dan cerita mereka
apakah sama
tapi ini
ini cerita aku
terlahir aku
lalu di tempatkan
dalam tong sampah
tidak aku minta
tapi tertanya tanya
kenapa aku
kenapa bukan
kita semua
ayah bonda
kenapa aku
diperlakukan begini
apakah salahku ?
apakah dosaku ?
aku baru saja
dibenarkan melihat dunia
tidak sempat aku
lakukan apa apa
tapi ayah
kenapa marah bonda ?
tapi aku dicampakkan
jika salahku
maafkan ku bonda
kerana aku
kau dicaci maki
aku tak mahu
kerana aku
kau dimarah lagi
tapi kenapa
ayah bonda
engkau biarkan
aku di dalam ini
aku tertanya tanya
jika salahku
ampunkan aku
09 May 2013
Serba Celaka (9 Mei 2013)
Maafkan daku
selama ini melempar batu ke arahmu
Maafkan daku
selama ini menyuapmu dengan amarah
Maafkan daku
yang serba serbi celaka ini
Maafkan daku
yang acap kali buta
Maafkan daku gadis
Maafkan
Soalan Untuk Bulan (9 Mei 2013)
Bulan
maafkan hamba
hamba buta
tuan hamba ada
kiri kanan belakang
depan mata
tapi hamba buta
hamba bodoh
tercicir yang digendong
terlepas yang digenggam
tersepak yang di bawah
hamba tersadung
tuan hamba tabah
tuan hamba papah
hamba yang lemah
apakah tuan hamba akan terus
hamba yang jatuh tuan hamba sambutkan ?
08 May 2013
Bukti Buluh Sayu (8 Mei 2013)
Kedengaran
buluh sayu mendayu dayu
bukti hati yang bercelaru
pagi yang bukan semacam dulu
kadang lesu kadang pedih
jantung terkadang meronta
meronta untuk keluar
wahai tuan hamba
bisiklah walau sekali
bawakan khabar gembira
berdirilah disana
ditempat hamba
perlukan tuan hamba
Sang Tulang Hidup (8 Mei 2013)
Dibunuh
atas permintaan sendiri
ada yang lalai
ada dari kecil tak diabai
terbuai buai
terkial kial
menapak sejengkal
tidur mana ada bantal
gaya hidup yang membuat mereka cekal
katanya
tapi tidak akan kekal
ingatlah
ayahanda di rumah
bonda di sebelah
pulang dan ubah
air mata ke senyuman indah
Al Kisah Lelaki Disampahkan (8 Mei 2013)
Api
mengiringi ngeri
tak ingin pergi
celakalah kau lelaki
katanya semua begini
ada kau tak fahami
satu yang kau tak mengerti
ayahanda mu juga lelaki
tanpanya kau tak ke bumi
sampai ke dinihari
Subscribe to:
Posts (Atom)