Gambar kau
gambar kita berdua
jadi bahan rujukan
kala aku rindu
kerana kini kita
sudah punya sedikit jurang
tidak lagi berhari hari
menatap gelagat kau
senyuman kau
juga kemanjaan kau
sesuatu yang membezakan kau
dari warga bumi lain
kau mampu buat aku ketawa
dalam tangisan aku sendiri
kerana kau lebih mengerti
kekuatan, kelemahan aku
personaliti yang sangat manja
itu yang menceriakan hidup aku
bersyukur
kerana ditakdirkan
mengenali kau
ya, itu kamu Siti Aminah!
No comments:
Post a Comment