Pages

24 April 2013

Moga Berkekalan (22 April 2013)

Bendera belum berkibar
ini cerita sebenar
dari sang pujangga untuk disebar
sudah mula tersenyum lebar
dari dalam dia sudah mula keluar
yang berlegar legar sudah mula keluar
jadi biar jangan dicalar dikelar
tegar sekarang ku berperasaan
perasaan yang bukan satu jangkaan
yang ku sampaikan bukan sebarangan
pesanan dan harapan moga berkekalan
tentang tidak rasakan kehilangan
dan ku kotakan apa ku janjikan

Pilihan (22 April 2013)

Bebas tak berantai
konon bijak pandai
durian masak pun bertangkai
bukan dari kecil dah terabai
perjuangan kita belum selesai
terlerai terburai kian terungkai
ceraikan bontot dari kerusi
segalanya akan terbukti
dari kanan hingga kiri
dalam diam tak disedari
jari lari dari jawapan
siulkan perkataan
alunan dari kebenaran
harapan masa depan
moga tertampan satu kelainan

Henti Mengelamun (22 April 2013)

Henti mengelamun
jangan usik tongkat tak bertuan
wujud semangat tak keruan
berikan laluan
pada yang tiada haluan
wujud reputasi berlawan
dalam antonansi tak berkekalan
bangun dan berfikir
yang lebih baik dari zahir
diterima sejak lahir
yang mustahil tercarik
walaupun terpekik

Dalam Kelambu (21 April 2013)

Satu petang
aku disua peluang
yang datang
kadang tak diundang
jadi sayang
harap kau pegang
takkan kurang
hilang atau kecundang
perasaan sekarang
cubaan menghalang
semua aku tentang

hanya kau tahu
apa yang selalu
aku beritahu
bila kau mengadu
apa yang berlaku
dari kelabu
atau tergaru garu
dalam kelambu
aku mahu
menjagamu
takkan aku
sia siakan kamu

Layu (21 April 2013)

Bertalu talu
bintang diaju
hamba tak tahu
mana satu
ditiru, tertiru
menipu
hamba sayu
mendayu dayu
lantas merayu
jangan biarkan ia
layu mengikut bayu

Bayangan Silau (18 April 2013)

Bangun dari mengigau
ku bermimpi
dikejar sang rimau
muncul dari
bayangan silau
berikan pisau
aku yang merayau
meracau racau

Berikan posisi
untuk aku kenali
dalam situasi
kau hampiri
terima kasih
aku ulangi
sampai nadi terhenti

Merangkak Dahulu (18 April 2013)

Terasa semakin jauh
posisi aku
dalam menghadapMu

Terasa semakin nipis
usaha aku
dalam mencariMu

aku yang kian leka
aku yang kian lena
dalam nikmat sementara

demi cinta dan kasih Mu
kini aku merangkak dahulu
agar Kau terima doa aku
Terima lah doa hamba Ya Allah

Menghitung Detik (18 April 2013)

Satu dua
dalam dunia
kita empunya

tiga empat
kita merempat
tak bertempat

lima enam
siang malam
sampai terpejam

tujuh lapan
kadang ucapan
terselit cacian

sembilan sepuluh
katanya menyeluruh
tapi ada tak disuluh

Bukan Pakai Tangkal (18 April 2013)

Mereka bukan khayal
sebelum tidur
menepuk bantal
mereka kata
dia pakai tangkal
tak usah di sangkal
dia bukan
dari kalangan
yang handal
tak bijak menghafal
tapi dia usaha
doa dan tawakkal

Permaisuri (18 April 2013)

Selamat datang
dari panglima
untuk kau
permaisuri istana
acap kali rencana
untuk aku
tidak merana
terkena
bila tak tahu
untuk ke mana

pesannya lagi
jadi lelaki
buka niat
baca bismillah
pasti jadi
kehendak hati

Raja Singa (17 April 2013)

Bunyi meminta
bagai dari kerak
tapi tak bergerak gerak
bukan nak kata
tiada otak
tapi tidak
berfikir luar kotak
belum berkata
sudah bersorak
sekilas pandang
gagak dan merak
cuba menari
mengikut rentak

Impian Pujangga (17 April 2013)

Aku merayu
supaya kau tahu
apa yang terbuku
cuma dalam kalbu
hanya kamu
terkubur di situ

seribu bahasa
aku lafazkan
untuk jelaskan
dari satu
sampai penghabisan
mana gerangan
bintang berangan

Dunia Haru Biru (16 April 2013)

Aku jadi haru biru
tak tahu mana tuju
yang tahu bila gatal
aku tergaru garu
ini bukan dunia baru
ini cuma zaman keliru
tunjuk satu
dalam menipu
bila semua terburu buru
tak tahu apa diburu, memburu
sebaliknya cemburu

Khas Buat Mama (16 April 2013)

Wujud kecekalan
yang terbentang
atas kekebalan
menepis cinta
tak berkekalan

Dalam persepsi
insani diri
tak sembah bumi
tangan kiri
menahan bunyi

kini hitung detik
saat bersama
putera puteri cilik
yang bakal tampil
mendungkan gurun pasir

Ketidakberkesempatan (16 April 2013)

Perdaya
Percaya
ku memang kejam
tompok hitam
silam semalam
mata terpejam
baru tiga jam
suasana suram
jasad tertanam

Cuma Kita (16 April 2013)

derapan hari hari ceria
jiwa disamping kamu
menatap indah seri
terukir manis di bibir
kemanjaan jadi hiburan

namamu kini
mendapat tempat

dalam dunia kita
cuma kita yang mengalami
cuma kita yang selami
tenggelam timbul
acap kali tersedak
kamu yang tampil

tanpa sayang
mereka berdendam
biarkan saja mereka
mereka masih muda

Perang Dalam Gelap (15 April 2013)

Cakar bahasa bertubi tubi
jeritan tak bersalah
sana sini
yang mendengar cuma
yang melihat cuma

tidak
tiada yang terang
dalam gelap
balik kepada mata hati
bulan cuma satu
ahli bumi
bernusantara

buah busuk yang kau petik
maka sakitlah engkau
tunggulah lima hari lagi
supaya buah lain masak

Puisi Untuk Ibu (14 April 2013)

Ibuku
maafkan ku
diatas semua
titik air
yang berderai jatuh
di sudut mata
kerana egoku

anakmu
selalu merindukanmu
untuk menatap
wajah serimu
yang kian
dimamah usia

ibu tolong
jangan pergi lagi
anakmu belum puas
dan takkan puas
bermanja denganmu

doaku
supaya diberi
ruang dan peluang
untuk mendakapmu
mencium pipimu
jika berkesempatan

maaf
maafkan anakmu
ibu

Adriana Qaisara (14 April 2013)

Kau wanita selepas dia
tak lari dari cantik ibumu
aku menyayangimu

kala aku rindu ibumu
aku usap kepalamu
aku belai pipimu
buat aku sebak
wajah ibumu
sering menceroboh
mindaku

tinggal kau
dan aku cuma
akan aku lindungimu
setara aku lindungi ibumu
satu ketika dahulu
dimana pernah
jadi suriku

Bunga Plastik (13 April 2013)

Roda kehidupan
berputar ligat
sedang aku
masih begini
mulut terkunci
bisu dan kaku
melihat gelagat
gerak tarimu
yang jelas
kelihatan basi

Jasad Yang Masih Bernyawa (13 April 2013)

Aku hanya penghuni
sebelum aku mati
pasti ada sesuatu
yang dapat aku sumbangkan

suara tanpa nada
melintas di minda
bergema tanpa haluan
pedulikan

agar kau nampak
agar kau tahu
agar kau mengeti
apa yang terbuku di hati

Itu Kamu (12 April 2013)

Gambar kau
gambar kita berdua
jadi bahan rujukan
kala aku rindu
kerana kini kita
sudah punya sedikit jurang
tidak lagi berhari hari
menatap gelagat kau
senyuman kau
juga kemanjaan kau

sesuatu yang membezakan kau
dari warga bumi lain
kau mampu buat aku ketawa
dalam tangisan aku sendiri
kerana kau lebih mengerti
kekuatan, kelemahan aku
personaliti yang sangat manja
itu yang menceriakan hidup aku

bersyukur
kerana ditakdirkan
mengenali kau
ya, itu kamu Siti Aminah!

Impian Anak Seniman (12 April 2013)

Kau mampu rebahkan aku
kau mampu gigit hatiku
kau mampu ikat kakiku
tapi tak terdaya cabut semangatku

dari desa mengarah ke kota
kuak melawan arus
demi sekotak impian semata
berbekal sepotong doa cuma

aku, dia dan mereka
impian yang nyata serupa
di sana kami berjuang
belajar serbi erti hidup

Yang Maha Esa
berkatilah perjuangan kami

Hari Ini dan Kelmarin (12 April 2013)

Hari ini
bukan seperti kelmarin
yang berlaku kelmarin itu
terang meninggalkan kesan
setara disengat lebah
pedih bisa terasa
kesan bengkak jelas
kini kian menebal

muncul seorang lepas seorang
dalam mimpi yang berbeza
rindu pada mereka
bukan mitos
bukan lagenda
benar benar sakit
mereka memang sesuatu
dalam hikayat hamba

Sang Kelawar Hitam (11 April 2013)

Sekilas bayanganmu
melintas
dari laman minda
tidak pernah seminit pun
bayanganmu hilang
setara awan di langit

Hati jadi tak keruan
cuma bila kau disana
hati terlalu merindui
yang jadi pengubatnya cuma
baju hitam dengan aromanya
yang pernah kau miliki
yang pernah kau sayang
kini dalam genggaman aku
akan aku jaga ia

Untuk Kita Semua (11 April 2013)

Bergilir gilir
lagu yang aku dengar
setiap satu
mesti buat aku teringat
setiap seorang
dari semua itu

hampir 1000 hari
tempoh yang diberi
untuk berjuang, belajar
dan bertapa bersama

sekarang langkah kita berbeza
mungkin sedikit
mungkin besar
mungkin ada yang sama
aku mampu cuma
menadah tangan berdoa
untuk kita semua