Pages

28 June 2012

Mahu Kamu Tahu (3 Jun 2012)

Menconteng atas batu
berlagak serba tahu
sudah lah kamu
pergi dari situ
belajar dari sifu
mahupun tok guru
pengalaman seribu satu
pinta jadi gurumu

jika dia bersetuju
kongsilah hikayatmu
jadikan tempat mengadu
jangan malu tidak tahu
jangan jadi semalu
ditanya tunduk malu

andai sahabat kamu bertemu
jangan mahu beradu
berkongsilah ilmu
sandarkan pada bahu

diri sudah kematu
jangan berhenti disitu
teruskan setiap waktu
selepas kamu ada yang menunggu

Suara Ini (27 Mei 2012)

Suara ini . .
tercungap menjahit perit
yang tak ingin kau melukis pahit
sentiasa mahu ceria dikait

Suara ini . .
lembut menghiburkan
bisik angin tidak dihiraukan
di sisi doa penuh harapan

Suara ini . .
diekori suara ngeri
yang memandang suara ini
sebagai suara basi

Suara ini . .
yang kerap bertanding
meski dianggap keding
ingin senyum tetap seiring

Suara itu . .
hanya pandai meminta
mahukan emas yang bertakhta
yang hanya wujud dari minda

Suara itu . .
tetap terus bernyanyi
terus menganggap malam seperti pagi
meski teruk dicaci dan dimaki

Nostalgia Zam Zam (4 Jun 2012)

Merentasi tanah gersang
butiran pasir kemerah-merahan
matahari memijak dada
lutut memohon maaf

sambil harapan didukung
terus melangkah mencari keluarga bumi
walaupun tercungap, walaupun tersandar
niat menikmati masa akan datang

sangat kerdil aku rasa
nak dibandingkan dengan butiran halus
sang pasir tandus bawah tapak kaki
ini pinjaman dari Dia
jadi jangan merungut menghina

sambil berlari lari kecil
terlintas di minda si Siti Hajar
terkapai kapai mencari air
dengan berkat tersembur mencurah curah
dari bekas hentakan kaki Ismail

tercari cari suara halus
ingin ku jadikan nya sahabat
biar hingga batu turut musnah
sampai terdengar nyanyian sangkakala
menunggu untuk dihisab