Pages

28 September 2013

Perasaan Dibatukan II (5 September 2013)

Pernah terfikir
nasib sang batu ?
tidak berkeluarga
kadang tak berteman
di bawah
tak dipandang-jenguk langsung
sekali terpijak
sekali tersepak
maki hamun tak terbatas

Pernah terfikir
sengsara sang batu ?
diambil, dikutip
cuma mahu dilontar
cuma mahu dicampak
sejauh yang mampu
sambil digelak gelak
melihat telatah terlantun lantun
terus lenyap dari mata

Perasaan Dibatukan I (5 September 2013)

Apa perasaan
yang terasa seperti dibatukan ?
ini jawapan yang tepat
barangkali
rasa mahu bariskan
segala kudrat
hempas-hantuk kepala pada dinding
lapan belas kali
selagi tak tersiat kulit
selagi tak retak kepala otak
teruskan membilang
serentak dengan memaki jiwa sendiri

Deria (3 September 2013)

Sebatang
demi sebatang
tanpa segan silu
dicucuh
diseksa
selepas satu dibunuh

"Ditiup Kata Rindu"
bergemasayu

Deria pemahamam gagal
perincikan satu satu
esok lusa mungkin ada
jadi yang dinantikan
cuma 11.11
demi satu ucapan
atau mengemis keampunan

01 September 2013

446 Tahun (31 Ogos 2013)

Hey engkau !
bukan yang 100 tahun itu
tapi kita
yang 446 tahun
kita lebih hebat
kita lebih jebat

tempoh itu
mereka berkeras
meratah daging kita
dengan rakus
cubaan

satu tingkat
mungkin dua
kalau dijilidkan
untuk mendifinisikan
hebatnya melayu
ketika dulu

sekarang ?
darah dihisap
setitik lalu seteguk
minda di pacak bendera

29 August 2013

Paruh Diaju (29 Ogos 2013)

Hey jiwa ! Berhenti seketika !
jangan cabar sang helang terbang
takkan diam takkan sunyi
cakar kepala berkepak kepak
paruh diaju kuku bergerak

26 August 2013

Mana Pintu (26 Ogos 2013)

Lepas satu
satu lagi muka
tapi aku belum puas
sambil meneka
apa yang akan terjadi
lepas apa terjadi
mana pintu ?
tingkap yang di tuju

Aku Dahulu (18 Ogos 2013)

Aku dahulu
tangis dihalang
senyum dibilang
gurindam berseli selang

Aku dahulu
disambut girang
dibelai dirapi
rambut yang usang

Aku dahulu
dicari kalau tak di sisi
dicari kalau suara
tak di dengari

Namun di usia ini
mereka berlari
tanpa dikesan
aku di tinggalkan
tanpa haluan

Tengok Bawah (17 Ogos 2013)

Sedunia
menjerit
serentak
tengok bawah
tengok bawah
aku
berdiri
atas kubur sendiri
aku
ditimbang
tanpa neraca
seawal usia
aku
dicampaktendang
aku
ditolakbuang
lagi aku
diacu senapang

Benci (19 Julai 2013)

Betulkan rasa benci
rapatkan dari sebelah kiri
cari, gali dan gali lagi
jadi setara perigi
tunggu satu malam lagi
supaya sempat aku bermimpi
sebelum sembilan pagi
tanam, timbus, pijak aku berkaki kaki

Untukmu (19 Julai 2013)

Emas emas bersegi
yang ceritanya kalau tak dirapi
mampu lebur sendiri
takut nanti
dalam tangis sendiri
kau merayu lagi
supaya di sisi