Pages

07 May 2013

Si Kosong dan Perantaraan Komunikasi (8 Mei 2013)


sunyi
sepi
senyap
kadang sakit
kadang serabut
semua jadi sama
papan kunci
tidak bergerak aktif
situasi sama barangkali
dalam waktu begini
tak tentu hala jadi
sakit tak terperi
celakalah jari jemari
mana hilang
pagi berseri
mana hilang
pesanan tak terperi

06 May 2013

Disebalik Tembok (6 Mei 2013)


Bertahan
kuatkan iman
bangun dan berjalan
sebalik tembok didepan
ada yang bertempiaran
berkeliaran berkejaran
diam dan termenung sejenak
ada yang masih dalam kotak
atas kotak ada yang nazak
disua kerak tidak sekali menolak
bumi kilang kelongsong
ini bukan cerita bohong
bukan juga omong kosong
doa tawakkal tuhan tolong

Bisik Si Baju Hitam (6 Mei 2013)


Tempoh 48 jam
dalam suasana suram
muram, kadang kejam
bisik si baju hitam
tidak! cuma terkemam
barangkali terlintas masa silam
kenapa kau kejam ?
kenapa aku muram ?
semua bermula dengan pagi yang suram
yang mampu cuma aku pendam
mungkin mahu aku diam
mungkin sampai aku terpejam
maaf dari si baju hitam

Tentera Berabjad (6 Mei 2013)


Sedia
kita tempur
perjuangan kita
belum selesai
berpaksi hanya
pada yang Esa

kita sudah
senang bersama
susah bersama
bersuara bersama

kalau bukan sekarang
mungkin akan datang
teruskan berjuang
saudaraku sayang

Risau (6 Mei 2013)


Ketidakkeruan yang melampau
kecelaruan tiada masa lampau
lagaknya setara menghalau
jati diri elak kenangan silau
minta kebumi dari kau
seperti dulu  tiada lagi terpukau
sekarang gaya genggam pisau
dari sedih terbit sang risau

02 May 2013

Alissa Auni (2 Mei 2013)

Bermula purnama kelima
lahirmu melihat dunia
cantik dianugerahkan nama
penantian dalam definisi makna
melihat gerangan sempurna

sempurna geraknya
sempurna tuturnya
sempurna semuanya
semuanya sempurna

jadinya supaya tidak layu
dalam persekitaran kadang sayu
kadang beku kadang tergaru garu
bila tua pandai ketuk pintu
masuk mula kanan dahulu
boleh tahu mana jitu mana palsu

01 May 2013

Cermin Trauma (30 April 2013)

Didalam cermin
terlihat engkau
meronta ronta
sambil dirantai digari

Didalam cermin
engkau menjerit
mengadu nasib
yang kerap menghimpit

Didalam cermin
kau hulurkan tangan
lalu aku capai
tapi kau lepaskan semula

Didalam cermin
aku jejakkan kaki
meredah lumpur
demi selamatkan kau

Sembilan Purnama (29 April 2013)

Sembilan purnama
dalam ketandusan keringat
kudrat makin ligat
kadang terbuang tebiat
lupakan segala penat
sampai masanya pasti terubat

sembilan purnama
kadang tak berkekalan
kadang tiada haluan
laungan pekikan
menyambut gerangan
dengan kecekalan

sembilan purnama
perjuangan yang dihargai
bukan boleh dibeli
dia akan lebih memahami
saat yang dia alami
satu hari nanti barangkali

Bapak Kejam (29 April 2013)

Bapak
cukuplah bapak
berhentilah bapak

jangan seksa emak lagi
jangan pukul emak lagi
jangan dera emak lagi

kami sayangkan emak
kami tak mahu emak mati
jangan bunuh emak
jangan kejam dengan emak
jangan zalimi emak

bapak jahat
bapak pergunakan emak
bapak kejam
bapak tindas emak

kami tidak perlukan bapak
kami rela berganti bapak
asalkan emak tidak terseksa
asalkan yang diganti lebih sayangkan emak

Mutiara Mata (27 April 2013)

Berbagai berita
bermacam cerita
kini sedang tersebar
menambah derita
dari si buta ke pendusta
perasaan berbunuhan
bukan aku yang tentukan
terkadang terbit
dari khayalan
dari gambar
jadi tontonan

satu fakta
dua dusta
dengar yang pertama
lagi dua kita sita
berapa kali tahan
tetap keluar air mata

bulu roma naik
dia jadi gelisah
lepas lafaz bismillah
lantas dia lari
terus sampai bawah