Mana hilangnya
minda tuan hamba
beri makan ayam
dengan ayam hamba
yang hampir hamba nak telan
alasan tuan hamba cuma
ayam yang makan itu
nanti hamba pelihara
sangat bijak
tak pernah orang buat
otak dekat lutut !
18 February 2013
Sama Sahaja (13 Februari 2013)
Depan cermin
aku nampak kau
dalam kau nampak aku
sambil kau perhati
kita sama sahaja
kita angkat tangan
kita jelir lidah
semua sama
pandangan mereka
nampak lain
aku nampak kau
dalam kau nampak aku
sambil kau perhati
kita sama sahaja
kita angkat tangan
kita jelir lidah
semua sama
pandangan mereka
nampak lain
Dia Super Blossom (12 Februari 2013)
Sebak
cuma ada satu tangan
yang menghalangnya
dengan usapan memujuk
di belakang hamba
sambil berkata
"orang ada ni"
cuma ada satu tangan
yang menghalangnya
dengan usapan memujuk
di belakang hamba
sambil berkata
"orang ada ni"
Emosi Terganggu (12 Februari 2013)
sekejap sahaja
tetap hamba terasa
semuanya sekali gus
terdiam, menangis, ketawa
menjerit mereka sahaja yang dengar
bila diajukan soalan
mereka bergelengan
sedang hidung hamba masih disini
maka iyakan sahaja
mungkin boleh terdiam mulut mereka
sepatu hamba di depan
sarungkan dan rasakan
tetap hamba terasa
semuanya sekali gus
terdiam, menangis, ketawa
menjerit mereka sahaja yang dengar
bila diajukan soalan
mereka bergelengan
sedang hidung hamba masih disini
maka iyakan sahaja
mungkin boleh terdiam mulut mereka
sepatu hamba di depan
sarungkan dan rasakan
Ampunkan Hamba (12 Februari 2013)
Lalu si hijau pucuk pisang
ingatkan dia
lalu si pororo
terus khabarkan kepadanya
semua cerita hamba khabarkan
semua pasalnya hamba sebarkan pada teman
apa yang hamba fikirkan
apa yang hamba rasakan
sedang lembu masih tertambat
sedang burung masih terkurung
harap diampun
hamba tidak boleh halang
ingatkan dia
lalu si pororo
terus khabarkan kepadanya
semua cerita hamba khabarkan
semua pasalnya hamba sebarkan pada teman
apa yang hamba fikirkan
apa yang hamba rasakan
sedang lembu masih tertambat
sedang burung masih terkurung
harap diampun
hamba tidak boleh halang
Rimas (12 Februari 2013)
berderap derap tapak kaki
rimas
segala macam suara
mana hamba pijak
mesti tergeliat
takkan selamanya
tunggu
akan hamba bersuara
rimas
segala macam suara
mana hamba pijak
mesti tergeliat
takkan selamanya
tunggu
akan hamba bersuara
Takut (11 Februari 2013)
hari ini
tuan hamba hulurkan tangan
hamba selamat
sudah banyak hamba telan
esok lusa ?
sepurnama lagi ?
pernah hamba terdengar
hamba takut
tapi bukan mati
cuma lemas
hamba pernah lemas
diselamatkan
bakal lemas lagi
barangkali
tuan hamba hulurkan tangan
hamba selamat
sudah banyak hamba telan
esok lusa ?
sepurnama lagi ?
pernah hamba terdengar
hamba takut
tapi bukan mati
cuma lemas
hamba pernah lemas
diselamatkan
bakal lemas lagi
barangkali
Celaka (11 Februari 2013)
nampak keris
tak nampak laksamana
nampak tombak
tak nampak hulubalang
keluar !
jangan sorok belakang senjata
bersalaman
ucapan yang belum tentu nyata
ayuh
tikam hamba kalau bersedia
tak nampak laksamana
nampak tombak
tak nampak hulubalang
keluar !
jangan sorok belakang senjata
bersalaman
ucapan yang belum tentu nyata
ayuh
tikam hamba kalau bersedia
Singa Gua (11 Februari 2013)
menanti menongkat dagu
sekali sepurnama
berganti hulubalang
berganti laksamana
berganti pertapa
diugut maki
tetap dengan rentaknya
tuah tidak setuah itu
pergi mati !
sekali sepurnama
berganti hulubalang
berganti laksamana
berganti pertapa
diugut maki
tetap dengan rentaknya
tuah tidak setuah itu
pergi mati !
Masih Di Dalam (11 Februari 2013)
menangis
berteriak
meraung
cuma terngiang ngiang
tuan hamba di dalam
hamba asal dari dalam
mana sifat merah tuan hamba
hamba yang menjadikannya merah
takut pada bayang sendiri
ingat, itu hanya ilustrasi
kunci dipertaruh
jalan dah bersuluh
tetap mengeluh,berpeluh keruh
berteriak
meraung
cuma terngiang ngiang
tuan hamba di dalam
hamba asal dari dalam
mana sifat merah tuan hamba
hamba yang menjadikannya merah
takut pada bayang sendiri
ingat, itu hanya ilustrasi
kunci dipertaruh
jalan dah bersuluh
tetap mengeluh,berpeluh keruh
Subscribe to:
Posts (Atom)