'Jangan mati adat'
hanya pada kata
dijerit-laung
dari mulut
bukan hati
dalam buta
Pahit pahit kopi
yang aku telan
yang aku minum
pahit lagi bersamamu
selepas manis
Situasi itu
bawa kau pada palat
rasa dia
nampak dia
tapi
cuba
dalam pada
jatuhsungkur itu
kau pandang pandang
bangun cari
kalau kalau
hikmah yang dicari
tersorok mana mana
Kadang aku terfikir
patutkah ?
aku kenal manusia
yang lebih syaitan
daripada syaitan
yang lebih malaikat
daripada malaikat
kadang rasa
baik saja
aku perhatikan
sambil senyum sinis
Entah berapa abad
Entah berapa dekad
Entah berapa genap
aku senyap
Entah
Anak anak
ayuh dengar semua
ini cerita bukan reka
apatah lagi jenaka
tapi cerita untuk hangpa
hangpa semua la
hidup ada begitu begini
tanam satu benda ni
hangpa kena berani
kalau takut sakit baik pergi mati
kalau lelah tak bermaya
lelap mata untuk sementara
sebab nanti bila hangpa bukak mata
boleh jadi semua tak serupa
itu untuk setakat ini
bukan nak kata ilmu penuh kat dada ini
cuma rasa nak sampaikan pesan sebelum aku mati
Gua rasa rindu
gua tepuk bahu sebab gua tak tahu
rupanya gua rindu lu
gua tertanya tanya selalu
apa lu buat waktu tu
apa lu buat tak tahu
atau gua yang lu perlu
tapi tak kisah mana satu
apa gua nak lu tahu,
kalau gua yang lu perlu
gua ada selalu
cuma bukak mulut beritahu
Kau tahu ?
bilanya kau mampu terbang ?
kau tahu ?
bilanya kau boleh hilang ?
takkan terjawab
walaupun seharian
membanting tulang
untuk akhiri
belilah mimpi
dari Penjual mimpi
Celiknya aku dalam gelap
tiada bimbingan
tiada panduan
yang ada
satu jalan
ke satu kehidupan
yang lebih selesa
yang sepatutnya
tapi untuk sampai
belum tentu aku bernyawa
entah tinggi dibawa terbang
entah kosong dalam cangkerang
laksana anak sang penyu
Salahkah aku ?
kalau aku hormat
kalau aku jujur
Andai mampu bersuara
pasti bumi memaki
air mata
lebih banyak jatuh
dari air hujan
jadi mutiara
tolong jangan jatuh
Apa yang kau balingkan itu
kadang berfungsi
untuk senyum
untuk hidup
Baling boleh sambil tutup mata
tapi mustahil
kalau kata
yang sambut itu
tutup mata
untuk dapat
Terasa
ruang mandi
sudah sikit luas
katil sama
terasa
lebih besar
makan
tak secukup rasa
macam dulu
semuanya terasa
sejak dia pergi
menghadap ilahi
ya, sejak itu.
Kalau kata
nanti
kondisi kau
tidak stabil
laju laju
aku
kemaskan bahu
untuk kau
kalau kata
nanti
emosi kau
timbul tenggelam
biar aku
ratahtakus
punca utama
tapi itu nantilah
bila kau jumpa aku
bila kau cari aku
Kejap rasa palat
kejap rasa nak melompat
tapi tak benci
tak penat
sabar
yang tersimpul
dengan senyum
akan terbuka
tunggu masa
tunggu hati
asa sampai mati
Penipu, pembunuh
saling bersaing
berkejaran
mereka itu
buta warna
kamu lemah
kamu badang
mereka cekang
hunus senapang
jangan kau bimbang
segala hantu jembalang
kita tentang
kita perang
kita menang
Benarkah indah ?
kata orang
cinta itu manis
benarkah ?
yang aku telan
itu pahit
jadah ?
waktu berdiri
kau berlari
kini ?
aku sendiri
terus kau cari-gali
jahanam !
Kabus pagi
nyaman, sejuk, tenang
hilang
semua menyerabut
lenyap
semua menyemakkan
tersenyum
mula bau bau keceriaan
untuk hari yang indah
adakah hari ini cukup ?
atau esok lusa sedikit terpesong ?
atau mungkin banyak yang condong ?
entahlah
adili sendiri
Dari ibu yang berdoa
ayah yang risau
apa lagi tak cukup ?
apa yang belum puas ?
tengah malam bersengkang
bengkak mata siang
siapa yang sanggup ?
kalau bukan mereka
duri sembilang
sawah terbentang
rehat berpantang
rumah sekangkang
tapi apa kamu bilang ?
ah !
janji aku mampu terbang
jadah apakah ?
kerdilnya dulu
kini tersedar
pengorbanan yang tiada nilai
pulang dan andai kamu lebih kuat
mereka akan sedar
jika tidak
kamu akan sedar
Manusia dimana mana
cacat cela dihina
baru pijak batas
terasa 11 kaki tinggi
kadang tertanya tanya
cukupkah 'manusia' ?
kejap bodoh
kejap buta
sekejap lagi
jadi bangang
hilang
lenyap
namanya manusia
sedih
Gadis
jangan jatuh
nanti orang terpijak
kamu yang sakit
kamu yang parah
bangkit
cuba jadi gagah
ingat !
kota rom
bukan jadi
dengan sekelip mata
benda hebat
memang makan masa